Jika anda ingin menjual kad kahwin atau menyediakan perkhidmatan jurugambar untuk orang kahwin… pastikan anda membuat iklan dan promosi di tempat yang ramai orang-orang nak kahwin berkumpul.Pastikan dulu target market anda sebelum membuat sebarang usaha promosi. Kenalpasti jantina dan lingkungan umurnya.
Adalah lebih baik lagi jika anda mengetahui tentang minat serta tahap ekonomi mereka.Selepas dah tahu golongan “target market” anda, carilah tempat dimana mereka selalu berkumpul.
Contohnya…
- Wanitamelayu.com - tempat golongan wanita-wanita berkumpul
- Adikbijak.com - tempat ibu-ibu berkumpulPerkahwinan.com.my - tempat orang2 nak kahwin berkumpul
- Wangcyber.com - tempat orang2 yg meminati bidang perniagaan internet
- Sifoo.com - tempat orang2 gila grafik design & web developmentPergh.com - tempat orang2 suka art, kartun & komik..
- Mawifc.com - tempat fanatik2 mawi berkumpul..Jadi… kesimpulannya..
1) Kenalpasti dulu target market anda
2) Cari dimana mereka selalu berkumpul
3) Lakukan promosi & iklan anda disitu (dengan betul & ber”Etika”)Usah membuang masa, tenaga & DUIT anda membuat iklan-iklan di tempat yang salah… saya tahu ramai yang dah tahu pasal tips ini.
Tapi.. mungkin disebabkan oleh terlupa ataupun disebabkan terlalu ghairah ? Maka, ramai yang melakukan kesilapan ini. Nampak sahaja tempat yg lapang sikit.. terus sahaja di tampal poster iklan produk mereka.Tak kiralah sama ada di tiang lampu, pondok telefon, pondok tunggu bas, tiang bangunan ataupun pintu tandas awam. Semuanya ditampal dengan poster iklan produk mereka.
Itu di dunia nyata.. jika di internet? Mereka ini akan membuat iklan dimana-mana sahaja forum, group atau blog yang mereka jumpai, tak kiralah forum tu pasal apa pun. Mereka akan membuat iklan mereka bertubi-tubi dengan rakusnya. Sehinggalah mereka penat atau di “ban”.Oh!Ketahuilah…
Mengiklan produk & perniagaan di tempat yang salah + orang yang salah = tiada sambutan = tiada sale + rugi + penat ==> kecewa + bungkus!
Jadi, usah membazir masa, tenaga dan duit anda mengiklan di tempat yang salah. Jadilah peniaga bijak. (Bukan pengguna sahaja tau kena bijak… peniaga pun kena bijak juga!)
No comments:
Post a Comment