Saturday, November 24, 2007

KUALA LUMPUR 18 Okt. – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mempunyai caruman terkumpul berjumlah RM224 bilion sehingga Disember 2006 namun secara purata simpanan seorang pencarumnya yang mencapai usia 55 tahun cuma RM114,000.

Dengan simpanan sebanyak itu, seseorang pencarum KWSP yang bersara hanya mampu membelanjakan RM475 setiap bulan bagi membolehkannya menampung hidup sehingga usia 75 tahun.

Perbelanjaan RM475 sebulan akan meletakkan pesara berkenaan dalam kategori golongan berpendapatan di bawah paras kemiskinan.

Pendapatan orang yang dikategorikan miskin di Semenanjung kini ditetapkan RM530 sebulan, Sarawak (RM585) dan Sabah (RM685).

Pengurus Kanan Perhubungan Awam KWSP, Nik Affendi Jaafar memberitahu, pada masa ini purata caruman terkumpul kira-kira 47,500 pencarum KWSP yang akan genap umur 55 tahun pada tahun ini ialah RM114,000.

“Jumlah simpanan ini tidak mencukupi berdasarkan anggaran mereka akan menggunakan wang itu selama 20 tahun berikutan jangka hayat yang semakin panjang serta kos sara hidup yang terus meningkat,” katanya kepada Utusan Malaysia dalam satu temu bual di pejabatnya di sini.KWSP mempunyai kira-kira 11 juta pencarum dengan 47,500 orang akan mencapai umur bersara pada tahun ini.

Menurut Nik Affendi, bagi memastikan pencarum KWSP dapat bersara dengan selesa, setiap ahli dana pencen itu perlu mengubah sikap mereka yang berharap sepenuhnya kepada caruman KWSP untuk menampung hidup selepas bersara.

“Caruman KWSP setiap bulan hanya melibatkan 11 peratus daripada gaji mereka, jadi masih terdapat 89 peratus pendapatan pencarum yang boleh digunakan untuk membuat pelaburan yang akan menghasilkan pulangan tetap pada usia tua,” ujarnya.
Nik Affendi menasihatkan para pencarum supaya berhemah ketika membuat pengeluaran awal sebelum persaraan membabitkan pelbagai skim yang telah disediakan oleh KWSP termasuk pengeluaran rumah, pendidikan dan kesihatan.

“Jika mereka mempunyai sumber lain, simpanan KWSP harus dijadikan sebagai pilihan terakhir,” tegasnya.
Ditanya mengenai langkah-langkah yang telah diambil bagi memastikan simpanan persaraan setiap ahli bertambah, katanya, struktur akaun ahli KWSP telah disusun semula daripada tiga akaun kepada dua mulai 2 Januari lalu.
Sebelum ini, sebanyak 60 peratus daripada caruman bulanan ahli dikreditkan ke dalam Akaun I manakala 30 peratus ke dalam Akaun II dan 10 peratus ke dalam Akaun III.

Penstrukturan itu menyebabkan Akaun I – yang khusus untuk tujuan persaraan dan hanya boleh dikeluarkan setelah pencarum mencapai usia 55 tahun – ditingkatkan sebanyak 10 peratus kepada 70 peratus.
Selaras dengan perubahan itu, ujar Nik Affendi, pengeluaran kesihatan yang sebelum ini hanya boleh dibuat daripada Akaun III kini boleh dikeluarkan daripada Akaun II.
Wang dalam Akaun II yang melibatkan 30 peratus caruman ahli juga boleh dikeluarkan untuk pembiayaan perumahan, kesihatan, pendidikan dan apabila cukup umur 50 tahun.

Tips Temuduga

Perkara-perkara yang perlu anda beri perhatian sebelum dan ketika menghadiri sesi temuduga ialah :-

· Sebelum menghadiri temuduga dapatkan maklumat mengenai jawatan yang dipohon dan latar belakang syarikat tersebut. Ini penting agar anda berasa yakin untuk menjawab soalan-soalan yang bakal dikemukakan.

· Jaga peribadi dan penampilan diri agar kelihatan kemas, bersih, berkeyakinan serta perwatakan yang menarik. Bagi lelaki pastikan memakai baju lengan panjang yang kemas manakala bagi wanita pula elakkan pakaian yang menjolok mata.

· Pastikan sampai ke tempat temuduga lebih awal daripada masa yang ditetapkan. Ini mengelakkan anda berasa panik, takut dan kelam- kabut.

· Bawa dokumen-dokumen penting seperti sijil akademik dan Ko-Kurikulum. Susunkannya dalam sebuah fail yang bersih dan teratur.

· Apabila nama dipanggil, ketuk pintu bilik temuduga sebelum masuk. Buka dan tutup pintu dengan perlahan. Ucap selamat pagi / petang atau selamat sejahtera.

· Jangan duduk sekiranya tidak diminta berbuat demikian. Ini penting kerana setiap gerak-geri diperhatikan oleh penemuduga. Maka, pastikan segala gerak-geri,gaya, pakaian dan pertuturan kelihatan sopan.

· Jawab soalan dengan yakin dan jangan meleret. Jika tidak tahu jawapan berterus- terang dan jujur. Ini kerana kejujuran adalah amat penting.

· Elak daripada bersifat gopoh. Tunjukkan kematangan dalam menjawab soalan. Hal ini dapat dilakukan dengan duduk tegak di atas kerusi dan tidak terlalu banyak menggerakkan tangan atau badan.

· Apabila temuduga selesai, ucapkanlah terima kasih dan keluar dengan perlahan-lahan.


Salam Kejayaan,
Faedzal

Capai kejayaan Dengan 5 Langkah

Capai kejayaan Dengan 5 Langkah

Jika kejayaan yang anda mahukan, gunakan 5 langkah ini :

1. Set MatlamatAmbil satu kertas kosong dan tuliskan matlamat Anda di sana.

Tetapkan berapa lama tempoh masanya dan fikirkan untuk apa Anda mahu mencapai matlamat tu, adakah semata-mata mahu kan duit untuk diri sendiri, untuk bantu keluarga atau didorong oleh minat. Selepas tu, fikirkan bila matlamat itu tercapai, tanya diri apa lagi matlamat Anda yang seterusnya. Kejayaan bukan satu titik, tetapi ia adalah perjalanan yang tak berpenghujung. Fokus pada matlamat yang pertama dulu.

2. Mulakan Langkah PertamaMasih lagi di kertas tadi.

Tuliskan di sana bagaimana anda mahu mencapai matlamat tu, apa yang perlu dibuat, di mana nak mula dan apa lagi strategi yang anda boleh buat untuk mencapainya.Tulis satu persatu strategi Anda. Cari ilmu yang berkaitan dengan cara membaca dan bertanya.

Lepas tu, laksanakan strategi satu persatu. Letakkan prioriti, mana satu yang lebih penting untuk dibuat terlebih dulu.

3. Komitmen

Ambil cermin, atau dapatkan cermin. Kalau boleh, yang agak besar. Berdiri mengadap wajah anda selama 10 minit.Tatap wajah Anda. Kemudian, katakan.."Mulai saat ini, aku komited untuk mencapai matlamatku, walau dengan apa cara halal sekalipun!" atau.. tunjuk wajah Anda tu sambil menatapnya lama-lama.. katakan "Kau, hei kau! Kau boleh mencapai apa saja yang kau mahukan! Apa saja!" Ucapkan dengan semangat berkobar-kobar bagaikan Anda bercakap dengan seseorang.Ucap dengan bersemangat. Genggam tangan yang sebelah lagi dan kalau boleh ulangkan kata-kata tadi semula dengan kuat.Pastikan ia tidak menggangu orang lain. Lakukan cara ini untuk menaikkan semangat Anda bila Anda dah takde semangat langsung.

4. Konsisten

Bila Anda sudah bermula, jangan putus asa selagi matlamat itu tak tercapai. Dont quit dan jangan cepat mengalah. Jika Anda GAGAL, fahamilah anda belum gagal, cuma telah menemui cara yang salah. Anda telah diberi pilihan untuk mencuba lagi.

Teruskan berusaha mencuba untuk cari cara yang betul. Ubah strategi jika strategi yang sekarang ini tidak memberikan kesan. Orang-orang yang cemerlang, tidak berputus asa, tetapi mereka terus merubah strategi jika halangan melanda.

Anda adalah kapten kapal, dan Minda adalah ibarat anak-anak buah kapal Anda dibawah sana. Mereka amat setia dan setia yang ada pada mereka tak berbelah bagi. Kemana anda mahu berjalan, mereka akan mengikut arahan Anda.Bahkan mereka bekerja keras untuk sampai ke sana. Oleh sebab mereka dibaahgian bawah kapal, mereka tak nampak ke mana mahu dituju.Tapi sebagai anak kapal, mereka tetap berdayung, berdayung dan terus berdayung untuk menggerakkan kapal itu. Kapal, diumpamakan sebagai DIRI Anda.

5. Beri Hadiah

Hidup perlu seimbang. Kita ini manusia yang ada hati dan perasaan dan bersifat biologis. Jika Anda telah sedaya upaya mencapai matlamat yang dimahukan dan ia telah berjaya direalisasikan,seharusnya Anda beri hadiah pada diri sendiri.

Hadiah tu mungkin tidur yang lena, Pizza yang enak, Ayam Goreng yang rangup atau senyuman manis kekasih hati Anda. Anda berhak untuk mendapat hadiah ni semua setelah penat bekerja keras. Beri hadiah pada diri sendiri.Baca dua perenggan akhir ini betul-betul.. kalau boleh, ulang baca..Ingat! Walau apapun rintangan yang melanda, apa jua halangan, cubaan dan permasalahan, Anda dan Saya sentiasa ada DUA PILIHAN.

Sama ada, kita memilih untuk berhenti mencuba lagi atau, kita memilih untuk jalan terus menuju matlamat kita yang sedang menuggu di hujung sana.


Salam Kejayaan,
Faedzal

Sunday, November 4, 2007

Kawal emosi semasa temuduga

Semasa berada di bilik temuduga, kerapkalinya anda akan ditanyakan soalan-soalan yang anda kurang bersedia. Soalan-soalan ini kebanyakkannya seolah-olah "mencabar" kewibawaan anda.

Apa yang perlu anda lakukan adalah :
  1. Ingatkan diri anda bahawa penemuduga sedang menguji anda
  2. Jawab dengan jelas dan lantang
  3. Kikiskan sifat ego anda
  4. Tenangkan diri anda sebelum menjawab soalan, selalunya penemuduga akan cuba menggunakan jawapan anda untuk membidas
  5. Banyakkan senyuman
  6. Berikan penekanan dalam jawapan anda yang menyokong butiran-butiran yang tertulis dalam CV/Resume anda. Berikan penekanan kepada pencapaian anda yang tidak boleh dicapai orang lain
  7. Jangan sesekali menunjukkan anda hilang minat terhadap pekerjaan ditawarkan

Selain itu, anda dinasihatkan supaya jangan tergopoh gapah menjawab soalan-soalan sebegini dari temuduga, ambil masa untuk berfikir sejenak,dan jawablah dengan fikiran yang tenang.

Nilaikan diri anda

Sebelum anda menghadiri temuduga, anda seharusnya sudah dapat menilai diri anda sendiri sebelum dinilaikan oleh penemuduga.Anda perlu melihat diri anda dari segi

  1. Kelebihan diri sendiri
  2. Personaliti
  3. Pencapaian Akademik dan Pekerjaan
  4. Kekuatan dan kelemahan
  5. Persepsi
  6. Pengetahuan Am

Pengalaman KerjaKebanyakkan soalan penemuduga berkisar kepada aspek-aspek diatas. Cuba selami diri anda, dan senaraikan butir-butir tersebut, kenalpasti kelemahan anda dan cuba perbaikinya sebelum menghadiri temuduga. Ini dapat memastikan anda dapat menjawab soalan penemuduga dengan lebih yakin dan positif.


Salam Kejayaan,






Faedzal