Saturday, November 24, 2007

Tips Temuduga

Perkara-perkara yang perlu anda beri perhatian sebelum dan ketika menghadiri sesi temuduga ialah :-

· Sebelum menghadiri temuduga dapatkan maklumat mengenai jawatan yang dipohon dan latar belakang syarikat tersebut. Ini penting agar anda berasa yakin untuk menjawab soalan-soalan yang bakal dikemukakan.

· Jaga peribadi dan penampilan diri agar kelihatan kemas, bersih, berkeyakinan serta perwatakan yang menarik. Bagi lelaki pastikan memakai baju lengan panjang yang kemas manakala bagi wanita pula elakkan pakaian yang menjolok mata.

· Pastikan sampai ke tempat temuduga lebih awal daripada masa yang ditetapkan. Ini mengelakkan anda berasa panik, takut dan kelam- kabut.

· Bawa dokumen-dokumen penting seperti sijil akademik dan Ko-Kurikulum. Susunkannya dalam sebuah fail yang bersih dan teratur.

· Apabila nama dipanggil, ketuk pintu bilik temuduga sebelum masuk. Buka dan tutup pintu dengan perlahan. Ucap selamat pagi / petang atau selamat sejahtera.

· Jangan duduk sekiranya tidak diminta berbuat demikian. Ini penting kerana setiap gerak-geri diperhatikan oleh penemuduga. Maka, pastikan segala gerak-geri,gaya, pakaian dan pertuturan kelihatan sopan.

· Jawab soalan dengan yakin dan jangan meleret. Jika tidak tahu jawapan berterus- terang dan jujur. Ini kerana kejujuran adalah amat penting.

· Elak daripada bersifat gopoh. Tunjukkan kematangan dalam menjawab soalan. Hal ini dapat dilakukan dengan duduk tegak di atas kerusi dan tidak terlalu banyak menggerakkan tangan atau badan.

· Apabila temuduga selesai, ucapkanlah terima kasih dan keluar dengan perlahan-lahan.


Salam Kejayaan,
Faedzal