Monday, July 16, 2007

APA ITU IMPIAN


Ramai orang tidak mempunyai impian,
mereka kata impian
  • untuk3 hingga 4 tahun dipanggil cerita pari-pari
  • 13 hingga 14 tahun dipanggil fantasi
  • 23 hingga 24 tahun dipanggil bermimpi disiang hari
  • 30 hingga 40 tahun dipanggil angan-angan
  • 40 hingga 50 tahun dipanggil sesuatu yag tidak akan tercapai
  • 50 hingga 60 tahun dipanggil dipanggil sesuatu yang mustahil
  • 70 tahun….. berhentilah bermimpi!
Saya tidak bersetuju. Kita mesti berimpian besar setiap masa

KISAH TANGGA

KISAH TANGGA

Naik satu anak tangga ke satu anak tangga sehingga sampai ke atas

Macam nilah kalau nak berjaya. Tak kira apapun halangan dan rintangan semasa menaiki tangga asalkan usaha untuk terus memanjatnya diteruskan. Lama kelamaan akan sampai ke atas juga.

Melangkah beberapa anak tangga sekali gus

Inilah dia orang yang tidak sabar untuk mencapai matlamatnya. Berebut rebut hendak sampai ke atas. Tapi kenalah berhati hati kerana boleh tersilap langkah dan tergelincir ke bawah.

Pilih satu tangga dan naik ke atas

Ha, ni satu penyakit. Sedang naik tangga yang dipilih, dah sekerat jalan, apabila terdengar orang lain kata tangga yang lain lagi senang dan lagi bagus kerana boleh cepat sampai ke atas, maka dia pula turun dari tangga yang dipanjatnya dan memanjat tangga yang lain pula. Kalau macam ni, asyik bertukar tangga, bila nak sampai ke atas?

Takut nak naik tangga

Ada pula orang yang takut nak naik tangga. Bukannya dia tak tau di atas tangga tu ada kesenangan yang menanti tetapi dia rela duduk di bawah tangga dan tidak mengambil langkah yang pertama untuk menaikinya kerana takut akan gagal untuk sampai ke atas. Perasaan takut ni dah menguasai orang ini sampai tak mampu nak bergerak langsung.

Tak bertenaga untuk sampai ke atas

Ada pula orang yang ingin sampai ke atas dan dah berusaha nak naik dengan sendirinya tetapi tak boleh sampai ke atas sebab tidak bertenaga. Walaupun berhenti di tengah tangga, orang ni lebih baik dari orang yang takut nak naik tangga.

Berhenti sebab ada rintangan

Bayangkan seorang budak sedang memanjat tangga. Bila dah separuh anak tangga dia panjat, dah tak boleh nak panjat lagi sebab ada rintangan atas anak tangga. Rintangan ni cuma merupakan permainannya yang ditinggalkan di situ. Bukannya tak boleh ubah rintangan kecil ni, sebaliknya menjerit minta orang lain tolong ubahkan. Adakah kita tergolong dalam kumpulan yang semacam ni? Terserempak dengan rintangan kecil saja, dah tak boleh nak bergerak. Asyik terpekik meminta tolong. Dan bila tak ada orang nak tolong, kita menyalahkan orang lain kerana tak nak tolong ubahkan rintangan yang kecil itu.

Tarik naik tangga

Cerita ni pula mengenai dua orang yang menaiki tangga dimana orang yang di atas menarik dan memimpin orang yang di bawah yang kurang berdaya untuk sama sama sampai ke atas tangga. Begitulah kalau ada sifat tolong menolong, jadi sama sama boleh sampai ke atas. Kalau tidak sudah tentu yang kurang daya akan tertinggal dan tak berkemungkinan mencapai matlamatnya untuk sampai ke atas.

Tolak naik tangga

Yang ini lain pula ceritanya. Yang kat atas tu dah mula kurang daya tetapi yang sebelah bawahnya tu pula masih mempunyai tenaga yang banyak. Maka tak hairanlah kalau orang yang di bawah itu tolong menolak orang yang di atasnya untuk terus memanjat tangga supaya mereka berdua boleh mencapai matlamat untuk sampai ke atas.Luas PemandanganLagi tinggi tangga dinaiki maka lagi luaslah pemandangan kita. Begitu juga di alam perniagaan, lagi maju kita di arena perniagaan maka ia dapat membuka peluang peluang yang dahulunya kita tak nampak atau pun tak mengetahuinya.

Teknik memanjat tangga

Ada pula cerita orang yang memanjat tangga dengan bersungguh sungguh. Tapi teknik memanjat tak kena. Naik tiga anak tangga, turun dua anak tangga pula. Lama kelamaan sememangnya boleh sampai ke atas tapi akan memakan banyak masa dan tenaga.

Kecuraman tangga

Kecuraman tangga juga memainkan peranan yang penting dalam pengambilan masa dan tenaga untuk sampai ke atas. Kalau ketinggian yang hendak di naiki tu sama, tapi kecuraman tangga pula berbeza, maka pilihlah yang mana yang senang kita naiki. Kalau masa tidak menjadi halangan, maka pilihlah tangga yang kurang curam sebab tenaga yang digunakan tak banyak berbanding dengan tangga yang curam.

RESEPI KEJAYAAN

RESIPI KEK KEJAYAAN

Kek kejayaan rasanya sungguh enak, lemak dan manis. Sesuai dimakan bersama keluarga dan sahabat handai di waktu kelapangan. Sungguh sesuai sekali untuk bekalan semasa bercuti bersama keluarga.Walaupun kek ini sedap dimakan, namun tak semua orang tahu membuatnya. Maklumlah kerana resipinya telah lama disimpan rapi dan dirahsiakan.
Kini resipinya telahpun dapat dikongsi bersama oleh mereka yang telah berjaya membuatnya secara mencuba sekian lama. Walaupun demikian, perlu banyak bersabar ketika membuat kek ini dan kenalah mencuba berkali kali sebelum ianya jadi dengan baik. Apabila kek kejayaan ini berjaya dibuat, rasanya akan terasa enak sekali. Oleh itu ajarlah cara cara membuat kek ini kepada sesiapa saja supaya mereka juga dapat menikmati kelazatan dan kenikmatan yang hanya boleh didapati dari memakan kek kelazatan ini.
Bahan bahan
1 buku Matlamat
1 sudu Visi
1 sudu Keinginan
1 sudu Semangat
1 sudu Usaha
1 sudu Azam
1 sudu Cekal
2 sudu Sabar
secukup rasa Angan angan
Cara membuat
Campurkan matlamat, angan angan, keinginan dan visi ke dalam mangkuk. Kacau hingga sebati. Jika hendak lebih enak lagi, kacau campuran ini sehingga angan angan menjadi ringan. Gunakan matlamat dari mutu yang baik. Jika matlamat yang digunakan adalah dari mutu yang kurang baik, maka kek ini tak akan naik dengan sempurna. Setelah adunan telah sebati, masukkan Azam, Cekal, Usaha, Semangat dan Sabar. Kacau lagi sehingga sebati. Peramkan sekejap sehingga usaha naik ke atas. Kemudian masukkan kedalam ketuhar dengan suhu yang tinggi. Bakar sehingga semangat menjadi keras. Kalau dalam percubaan yang pertama ini tak menjadi, lebihkan sedikit lagi sabar dan usaha.
Selamat mencuba.
Salam Kejayaan,
Faedzal

Saturday, July 14, 2007

Tip mengurangkan gemuruh ketika temuduga

Tip mengurangkan gemuruh ketika temuduga

GEMBIRA dan panik menyerang anda sekaligus, ketika surat panggilan temuduga sampai ke tangan anda.

Seterusnya, anda berfikir, baju apa yang patut dipakai, apa yang perlu dijawab ketika sesi temuduga, bolehkah anda melakukan kerja tersebut, atau bolehkah anda meyakinkan bakal majikan supaya menerima anda?

Jangan bimbang. Kami memberikan beberapa tips untuk mengatasi kebimbangan anda.

Temuduga adalah asas pemilihan pekerja. Anda menghantar borang permohonan, dipanggil untuk sesi temuduga dan sekarang terpulang kepada anda untuk memberikan keyakinan kepada bakal majikan anda.

Jika anda berjaya melepasi temuduga tersebut, bermakna anda akan berjaya melepasi temuduga kedua dan seterusnya sehingga anda diterima bekerja.

Berjaya beroleh panggilan temuduga bererti anda berada di pertengahan jalan dalam usaha mendapatkan kerjaya idaman.

Para penemuduga sebenarnya mengharapkan kejayaan anda kerana mereka benar-benar berharap anda akan mengisi kekosongan di syarikat mereka.

Temuduga bukan suatu penyiasatan seperti polis menyoal pesalah. Berkelakuan seperti orang dewasa, bukan mangsa.

Penemuduga sendiri bukanlah orang yang sempurna. Jika anda melakukan kesilapan, lupakan hal itu dan teruskan langkah.

Untuk berjaya dalam sesi temuduga, anda harus memahami emosi dan keadaan semulajadi. Bagaimana anda mengatasinya sama penting dengan apa yang anda katakan.

Persediaan Mental

*Persediaan adalah kunci kejayaan.

*Pastikan anda tahu apa yang akan ditawarkan kepada majikan.

*Pastikan anda tahu apa yang dikehendaki bakal majikan.

*Dapatkan maklumat mengenai syarikat tersebut.

*Kenalpasti soalan yang bakal ditanya dalam sesi temuduga.

*Siapkan diri sendiri, berfikiran positif, bersemangat, semulajadi dan jujur.

Umumnya dalam sesi temuduga, pemohon akan ditanya soalan yang hampir serupa dan ia akan dinilai berdasarkan kriteria pekerjaan yang dipohon.

Jadi berusahalah untuk memenuhi kriteria yang dikehendaki dan bersedia menjangkakan soalan yang bakal dikemukakan.

Jika anda berhadapan dengan panel penemuduga yang terdiri daripada dua atau lebih penemuduga, jangan panik.

Bersikap tenang dan ini akan memudahkan panel penemuduga berkomunikasi dengan anda.

Jika anda memohon suatu pekerjaan yang bersifat teknikal, anda akan berhadapan dengan soalan-soalan yang juga bersifat sedemikian.

Umpamanya, anda diberikan permasalahan mengenai perkomputeran dan diminta memberikan analisis dan menyelesaikannya.

Jadi, pastikan anda mengingati apa yang telah anda pelajari sebelum itu.

Jika temuduga dibuat melalui telefon, kedua-dua belah tentu tidak dapat melihat satu sama lain.

Suara boleh mempengaruhi banyak perkara, oleh itu amat penting anda `didengari' sebagai seorang yang bersemangat dan berkebolehan.


Perkara yang harus diambil berat dalam temuduga:

1. `First impression' amat penting kepada penemuduga. Berikan senyuman, lihat ke arah mata mereka dan salami mereka dengan yakin.

2. Bantu penemuduga dengan `memandu' mereka melalui `kekuatan' anda.

3. Jika anda ditanyakan soalan yang sukar, jangan terburu-buru menjawab. Berfikir terlebih dahulu.

4. Tidak dapat dinafikan semua orang gementar sebelum dan ketika menghadapi temuduga. Ubat mujarab mengatasinya ialah dengan melakukan persediaan.

5. Penghujung sesi temuduga juga amat penting. Ambil peluang bertanya soalan yang sesuai atau bertanyakan sesuatu yang berkaitan.

6. Memang tidak mudah untuk menduga apa yang bakal berlaku semasa sesuatu sesi temuduga, oleh itu lakukannya dengan penuh keyakinan.



Lan[b]gkah perlu sebelum menghadiri temuduga[/b]

LAKUKAN sedikit kajian mengenai sesuatu syarikat sebelum menghadiri temuduga. Usaha anda akan dapat memberikan gambaran bahawa anda benar-benar berminat mengenai kerjaya atau syarikat tersebut.

Anda perlu mengetahui potensi syarikat yang bakal anda duduki itu supaya ia mempengaruhi diri anda apabila berada di dalamnya.

Anda perlu mengambil tahu jumlah pekerja dan sejarah terdahulu syarikat tersebut supaya anda tidak kelam-kabut mempelajari banyak perkara baru apabila berada di dalamnya.

Pengetahuan anda mengenai syarikat tersebut akan menjadikan majikan kagum dengan keprihatinan dan kesediaan anda.

Selain mengetahui profile syarikat melalui berita semasa, anda boleh juga merisik melalui laman web syarikat terbabit.

Daripada laman web tersebut, anda boleh mendapat banyak maklumat berkaitan.

Anda boleh mendapat gambaran umum mengenai gaya dan penekanan syarikat, cara pemasaran mereka, cara mereka melatih pekerja, juga misi syarikat.

Mulakan usaha anda melalui enjin pencari seperti Yahoo!, Excite, Altavista, Lycos and Virgin.net, www.hoovers.co.uk dan lain-lain.

Bagaimanapun, jika laman-laman web ini gagal membantu, dapatkan maklumat daripada pusat kaunseling universiti anda yang pasti menyimpan banyak maklumat mengenai syarikat yang bersesuaian dengan minat anda.



Kurang pengalaman ketika temuduga

KURANG berpengalaman, keputusan peperiksaan yang tidak meyakinkan atau `miskin' aktiviti kokurikulum yang menjadi asas ketika memohon sesuatu pekerjaan?

Jangan takut, masih ada cara untuk mengatasi kebimbangan tersebut.

Pengalaman Kerja

Apa saja pengalaman kerja akan memberikan anda `kemahiran boleh ubah' - anda hanya perlu memberikan tanggapan positif terhadapnya.

Tumpukan kepada pengalaman yang ada dan apa yang anda perolehi daripada pengalaman tersebut.

Umpamanya, jika anda sebagai pentadbir di sebuah syarikat kecil, beri tumpuan kepada pengalaman yang anda raih dalam menguruskan kewangan, kemahiran interpersonal, berurusan dengan pelbagai kerenah pelanggan dan bekerja lebih masa, sebagai pengalaman yang anda dapat.

.Pencapaian Akademik

Rangka jawapan yang munasabah, jika anda menduga bakal ditimbulkan persoalan mengenai tahap akademik anda.

Jika memang ada alasan yang benar seperti faktor kesihatan atau krisis keluarga sehingga menyebabkan pencapaian anda terjejas, akuilah hakikat itu.

Jika tidak, jangan nafikan mengenai kegagalan yang tidak dapat dikutip semula itu, tetapi pada masa sama, nyatakan pencapaian atau pengalaman terkini.

Majikan biasanya tidak begitu mementingkan pencapaian akademik jika anda dapat membuktikan kemampuan dalam cara yang lain.



Aktiviti Kokurikulum

Bagaimana anda menghabiskan masa? Jika anda aktif berpersatuan untuk menghabiskan masa lapang di universiti, hal ini boleh dipertimbangkan dalam keategori pengalaman.

Majikan biasanya akan melihat keseimbangan pendedahan sosial dan kemahiran berkomunikasi anda - jadi berikan penumpuan dalam hal ini.

Kursus jangka pendek bagi membaiki kemahiran tertentu seperti komputer atau bahasa akan memberikan gambaran positif pada karakter anda.

Bagaimanapun jika sekadar menghabiskan masa dengan berpoya-poya bersama rakan, anda hanya perlu `berlebih-lebihan' sedikit ketika memberikan gambaran.

Umpamanya jika anda pernah mengendalikan suatu percutian bersama rakan, maka berikan gambaran positif mengenai kemahiran sesuai seperti kemahiran kerja berkumpulan, motivasi, perancangan dan pengurusan masa.



Rancang perjalanan sebelum temuduga

JIKA anda tidak pasti tempat temuduga tersebut, cari tempat tersebut terlebih dulu. Pastikan kedudukan pejabat tersebut. Jangan hanya bergantung kepada alamat yang diberi.

Jika tempat berkenaan berada di luar kawasan anda, rancang perjalanan berhati-hati.

Tempah tiket bas, keretapi atau kapal terbang lebih awal.

Jika tiada kenderaan awam tersebut, sewa teksi dan pastikan pemandunya mengetahui tempat yang ingin anda tuju.

Jika temuduga anda berlangsung di kawasan bandar, ambil tahu mengenai kadar kesesakan lalulintasnya juga.

Pastikan anda sampai 15 minit lebih awal, pastikan berita semasa jika ada kesesakan lalu lintas, banjir, kemalangan atau apa-apa kelewatan yang boleh menjejaskan kehadiran anda di tempat temuduga.

Tuesday, July 10, 2007

Masalah takut dalam perniagaan

Ramai usahawan bermula dengan perasaan takut.
Namun, mereka tidak membiarkan perasaan takut itu menghalang mereka mencapai kejayaan. Antara cara yang dapat digunakan bagi mengatasi perasaan takut menceburi bidang perniagaan adalah:

1. Seseorang itu mungkin takut menceburkan diri dalam bidang perniagaan kerana menyangka semuanya perlu dilakukan secara sekali gus.

Cara membuang rasa takut:


Pecahkan impian saudara untuk berjaya dalam bidang perniagaan kepada matlamat-matlamat kecil. Ini akan dapat membantu mengurangkan perasaan takut itu.

2. Seseorang itu mungkin takut menceburkan diri dalam bidang perniagaan kerana mereka merasakan mereka kekurangan masa, tenaga dan sumber kewangan untuk berbuat demikian.

Cara membuang rasa takut:
Buang segala perkara yang negatif dalam hidup saudara seperti tabiat yang buruk. Selain itu, bukalah minda saudara bagi melakukan eksplorasi ke dalam bidang-bidang yang saudara minati. Ini membantu saudara mengurangkan keletihan badan dan jiwa saudara.

Membuang perkara negatif dalam hidup pula akan membantu menyedarkan saudara sebenarnya saudara mempunyai banyak masa bagi menceburkan diri dalam bidang perniagaan.

Daripada segi kekurangan sumber kewangan pula, saudara perlu merancang tabiat berbelanja dan juga meningkatkan nilai wang simpanan saudara. Kenal pasti sumber kewangan yang wujud seperti pinjaman daripada institusi kewangan dan pihak kerajaan.

3. Seseorang itu mungkin takut menceburkan diri dalam bidang perniagaan kerana mereka merasakan idea, produk dan perkhidmatan mereka tidak cukup bagus.

Cara membuang rasa takut:
Bagi menyelesaikan masalah ini, sedikit penyelidikan pasaran dan eksperimen harus dilakukan. Contohnya, cuba adakan promosi di mana saudara memberikan produk saudara secara percuma kepada orang ramai.

Semasa promosi itu sedang berlangsung, dapatkan maklum balas daripada para pengguna mengenai produk saudara itu. Melalui maklum balas itu, saudara dapat menentukan sama ada saudara ingin menjual produk itu ataupun memikirkan produk baru.

4. Seseorang itu mungkin takut menceburkan diri dalam bidang perniagaan kerana ramai orang di sekelilingnya berpendapat rancangannya itu tidak akan berjaya.

Cara membuang rasa takut:
Berhenti berfikir secara negatif dan gantikannya dengan pemikiran yang positif. Selain itu, elakkan diri daripada berbual dengan mereka yang tidak menyokong dan sentiasa berfikiran negatif mengenai niat saudara itu. Ini tidaklah bermakna saudara harus memulaukan mereka. Apa yang penting di sini adalah saudara perlu mengurangkan pergaulan dengan mereka kerana apabila tidak, perasaan takut itu tidak hilang.

Pada masa yang sama, carilah kawan-kawan yang sedia memberi sokongan dan galakan kepada saudara. Yang paling penting, luangkan sedikit masa untuk berbual dengan mereka yang berjaya dalam bidang perniagaan. Cuba belajar daripada pengalaman mereka.

5. Seseorang itu mungkin takut menceburkan diri dalam bidang perniagaan kerana beranggapan dirinya tidak mempunyai bakat dalam bidang perniagaan.

Cara membuang rasa takut:

Semua orang boleh berjaya dalam bidang perniagaan apabila mereka bertindak dengan betul. Tambahkan ilmu saudara dalam bidang perniagaan melalui pembacaan, seminar, kursus, bengkel dan sebagainya. Selain itu, saudara juga harus mula merangka pelan perniagaan saudara. Ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan masalah kurang yakin dengan kebolehan diri sendiri.
Salam Kejayaan,
Faedzal

Friday, July 6, 2007

Mencari Kerja


MENCARI KERJA MAKAN GAJI
graduan yang masih menganggur.Inilah ringkasan statistik Graduan menganggur diMalaysia. Dari 59,250 orang, kebanyakannya adalah:
1. Wanita
2. Orang Melayu
3. Jurusan Pentadbiran Perniagaan
4. Jurusan Teknologi Maklumat
5. Keluarga Miskin, pendapatan keluarga <>
7. Lemah dalam kemahiran berkomunikasi8. Kursus yang tidak sesuai
Sumber: Unit Perancangan Ekonomi September 2005Siapa yang salah? Kurang peluang pekerjaan? Graduan terlalu memilih kerja? Majikan cuma cari yang berpengalaman? Tiada keyakinan? Putus asa selepas 3,4 kali permohonan kerja ditolak?Silapnya anda hanya merebut 10% dari sumber rezeki yang telah ditentukan. Dalam masa yang sama 90% punca rezeki yang lebih luas anda abaikan. Sebagai graduan anda sepatutnya MENCIPTA PEKERJAAN, dan bukannya MENCARI PEKERJAAN. Jangan kecewa kerana tidak mendapat pekerjaan yang menawarkan gaji RM1,800 kerana peniaga air ditepi jalan pun mampu menjana sehingga RM3,000 sebulan!! Jadi ubah nasib anda dengancubaberniaga tak kiralah berniaga apa sahaja, sekurang-kurangnya kita ada niat untuk merebut 90% punca rezeki.

Sunday, July 1, 2007

Salah Siapa

MENCARI KERJA MAKAN GAJI
(graduan yang masih menganggur. )

Inilah ringkasan statistik Graduan menganggur di
Malaysia. Dari 59,250 orang, kebanyakannya adalah:

1. Wanita
2. Orang Melayu
3. Jurusan Pentadbiran Perniagaan
4. Jurusan Teknologi Maklumat
5. Keluarga Miskin, pendapatan keluarga <>
6. Tidak mahir berbahasa Inggeris
7. Lemah dalam kemahiran berkomunikasi8. Kursus yang tidak sesuai

Sumber: Unit Perancangan Ekonomi September 2005

Siapa yang salah? Kurang peluang pekerjaan? Graduan terlalu memilih kerja? Majikan cuma cari yang berpengalaman? Tiada keyakinan? Putus asa selepas 3,4 kali permohonan kerja ditolak?Silapnya anda hanya merebut 10% dari sumber rezeki yang telah ditentukan. Dalam masa yang sama 90% punca rezeki yang lebih luas anda abaikan.
Sebagai graduan anda sepatutnya MENCIPTA PEKERJAAN, dan bukannya MENCARI PEKERJAAN. Jangan kecewa kerana tidak mendapat pekerjaan yang menawarkan gaji RM1,800 kerana peniaga air ditepi jalan pun mampu menjana sehingga RM3,000 sebulan!!
Jadi ubah nasib anda dengan cubaberniaga tak kiralah berniaga apa sahaja, sekurang-kurangnya kita ada niat untuk merebut 90% punca rezeki.

Format Rancangan Perniagaan

RANCANGAN PERNIAGAAN
Disediakan oleh : faed's
Business Support Team
Email : anjakkan_paradigma@yahoo.com.sg
URL : www.freindster.com/faedzal

KANDUNGAN

BAB
1) Ringkasan Ekesekutif
2) Pengenalan
3) Tujuan Rancangan Perniagaan
4) Latarbelakang perniagaan
5) Latarbelakang Pengusaha/Rakan Kongsi/ Pemegang Saham
6) Rancangan Pentadbiran
7) Rancangan Pemasaran
8) Rancangan Operasi
9) Rancangan Kewangan
10) Jadual Perlaksanaan Projek
11) Dokumen Sokongan
12) Penutup

1) RINGKASAN EKSEKUTIF

2) PENGENALAN

Jenis Perniagaan diceburi :
Nama dan lokasi / alamat perniagaan :
Tarikh perniagaan akan beroperasi :
Tren pasaran yang menjustifikasikan projek ini :

3) TUJUAN RANCANGAN PERNIAGAAN

Samada untuk permohonan pinjaman, rancangan projek baru,garispanduan menguruskan projek
  1. Sebagai panduan di dalam mengendalikan perniagaan
    Rancangan perniagaan seharusnya dijadikan panduan di dalam mengendalikan aktiviti perniagaan. Rancangan perniagaan memberikan gambaran tentang bagaimana sesuatu perniagaan itu harus dijalankan melalui matlamat hala tuju yang telah ditetapkan.
  2. Mengurangkan risiko berlakunya kegagalan
    Usahawan harus menjadikan rancangan perniagaan sebagai panduan di dalam mengendalikan perniagaan sebagai langkah untuk mengurangkan risiko berlakunya kegagalan. Semasa penyediaan rancangan perniagaan, usahawan akan melakukan kajian dan menilai dayamaju projek atau perniagaan yang ingin diusahakan terlebih dahulu berdasarkan maklumat dan data terkini sebelum memulakan sesuatu perniagaan itu. Dengan itu usahawan itu dapat menilai samada perniagaan yang ingin dilakukan itu berdaya maju atau sebaliknya.
  3. Memahami perniagaan dengan lebih jelas
    Usahawan yang menyediakan rancangan perniagaan meraka sendiri dapat memahami bidang perniagaan yang meraka lakukan dengan lebih jelas. Dengan menyediakan sendiri rancangan perniagaan usahawan secara tidak langsung akan dipaksa memahami segala aspek didalam pengurusan perniagaan meraka meliputi aspek pengurusan, pemasaran, operasi dan kewangan.
  4. Menentukan jumlah modal yang diperlukan
    Sesebuah rancangan perniagaan yang disediakan dapat membantu usahawan didalam menentukan jumlah modal yang diperlukan untuk memulakan atau mengembangkan perniagaan yang meraka jalankan. Dokuman ini juga dapat membantu dari segi penentuan sumber pembiayaan yang diperlukan dan daripada mana ia diperolehi.
  5. Sebagai panduan di dalam menguruskan perniagaan
    Usahawan seharusnya menggunakan dokuman rancangan perniagaan yang meraka sediakan sebagai panduan di dalam mengawal aktiviti perniagaan meraka. Dokumen ini membolehkan usahawan membandingkan pencapaian sebenar syarikat dengan pencapaian yang telah dirancang dan seterusnya merangka strategi baru bagi mamperbaiki lagi pencapaian sedia ada.

4) LATARBELAKANG PERNIAGAAN
Nama Syarikat :
Alamat :
No. Telefon :
Bentuk Perniagaan :
Kegiatan Utama :
Tarikh Mula Perniagaan :
No. Pendaftaran Syarikat :
Modal Permulaan :
Nama & Alamat Pemilik
/ Pemegang Saham :
Nama Bank
No. Akaun Perniagaan :


5) LATARBELAKANG PENGUSAHA/RAKAN KONGSI/ PEMEGANG SAHAM
Nama Penuh :
No K/P :
Umur:
Jantina :
Alamat Tetap :
No. telefon :
Taraf Perkahwinan :
kelulusan Akademik :
Kursus Yang Pernah Dihadiri :
Kemahiran :
Pengalaman :
Pekerjaan sekarang :
Perniagaan Yang pernah Diceburi :


6) RANCANGAN PENTADBIRAN
Alamat Penuh Perniagaan & Pelan Lokasi :
Carta Organisasi :
Senarai Jawatan dan Bilangan Pekerja :
Spesifikasi Tugas :
Gaji /Imbuhan balas Jasa :
Keperluan Pejabat :
Perbelanjaan Pejabat / Pentadbiran :


7) RANCANGAN PEMASARAN
a) Barangan / Perkhidmatan Ditawarkan
b) Sasaran Pasaran
a. (mengenalpasti pelanggan / pengguna barangan atau perkhidmatan tersebut)
c) Saiz Pasaran
a. (jumlah potensi pasaran dalam sesuatu kawasan dalam jangkamasa tertentu)
d) Pesaing Utama
e) Kekuatan & Kelemahan Persaingan
f) Syer Pasaran
g) Ramalan Jualan
h) Strategi Pemasaran Secara Keseluruhan:
a. (bagaimana syarikat akan menghadapi pesainganm & kelebiahan perniagaan jika dibandingkan dengan pesaing dari segi, kualiti, harga , lokasi imej dan sebagainya)
i. Strategi produk
1. Faktor- faktor yang boleh menarik pelanggan
ii. Strategi harga
1. Penentuan harga
2. Tawaran harga dan sebagainya
iii. Strategi pengedaran
1. Cara pengedaran dibuat
2. Kos-kos yang terlibat
3. Rancangan jangka pendek dan jangka panjang jualan
iv. Strategi promosi
1. Teknik-teknik promosi yang akan dijalankan
i) Belanjawan Pemasaran


8) RANCANGAN OPERASI
a) Carta Aliran Proses / Sistem penternakan
b) Unit pengeluaran / jam operasi ,Keperluan Bahan
c) Tenaga Kerja
d) Mesin & Peralatan
e) Susunatur Ruang Operasi
f) Overhead Operasi
g) Perbelanjaan Operasi
h) Barangan / perkhidmatan yang dikeluarkan termasuk kuantitinya
i) Proses pengeluaran (jika bidang pembuatan)
j) Keupayaan pengeluaran
I. Rancangan pengeluaran
II. jumlah pegeluaran
III. keupayaan maksimum
IV. penyimpanan stok
k) Senarai bahan mentah (jika ada)
l) Senarai buruh/ pekerja terlibat dalam pengeluaran/ perkhidmatan
m) Pengendalian mesin/ peralatan


9) RANCANGAN KEWANGAN
a) KosPelaksanaan Projek (Modal)
b) Sumber pembiayaan
-modal sendiri
-pinjaman bank
-sewa beli
-lain-lain
c) Unjuran Aliran Fizikal ternakan
d) Unjuran Aliran Tunai
e) Unjuran Penyata Pendapatan
f) Analisis Kewangan (Analisis Titik Pulang Modal)


10) JADUAL PERLAKSANAAN PROJEK


11) DOKUMEN SOKONGAN
a) Suratsebutharga
b) salinan geran tanah
c) sokongan pihaktertentu
d) sijil pendaftaran syarikat
e) suratdapat tender
f) salinan permit lessen
g) suratkepujian
h) bukti modal sendiri
i) salinan cagaran
j) sijil kursus.


12) PENUTUP


13) RUMUSAN / JUSTIFIKASI

Apa Itu Rancangan Perniagaan?

APA ITU RANCANGAN PERNIAGAAN (RP) ?

Rancangan perniagaan (RP) atau business plan merupakan sebuah dokumen bertulis yang menerangkan perkara yang berkaitan dengan perniagaan yang hendak dilaksanakan. Dokumen ini mengandungi beberapa maklumat berkaitan dengan produk atau perkhidmatan yang hendak ditawarkan serta perancangan yang terperinci yang meliputi aspek pemasaran, pengurusan, operasi dan kewangan sesuatu perniagaan. Rancangan perniagaan kadangkala dikenali juga sebagai kertas projek atau kertas kerja.
Penyediaan rancangan perniagaan adalah proses mendokumentasikan segala perancangan yang bakal dilaksana bagi tujuan memulakan sesuatu perniagaan. Perancangan yang dikemukakan tanpa dokumentasi akan menyukarkan usahawan untuk mengingatinya semula apabila ianya perlu dikaji semula.
Selain itu penyediaan rancangan perniagaan juga dapat memberikan gambaran secara menyeluruh kepada usahawan mengenai projek atau perniagaan yang bakal meraka jalankan sama ada ianya berdaya maju ataupun sebaliknya. Penyediaan rancangan perniagaan yang berdasarkan maklumat dan data terkini ini dapat mengelakkan usahawan daripada membuat pelaburan terhadap projek atau perniagaan yang tidak berdaya maju dan seterusnya mengelakkan meraka rugi dan gagal.
Dokumen rancangan perniagaan juga sering kali dikaitkan bagi tujuan memohon pinjaman daripada intitusi kewangan seperti bank. Keperluan rancangan perniagaan ini dilihat sebagai memenuhi keperluan pihak bank. Pihak bank atau pihak yang bakal memberikan pinjaman akan menilai dan meneliti rancangan perniagaan yang telah usahawan sediakan sebelum mereka meluluskan sesuatu pinjaman yang dipohon.
Selain daripada digunakan bagi tujuan memohon pinjaman daripada intitusi kewangan, dokumen rancangan perniagaan ini juga disediakan bagi tujuan berikut:
1. Sebagai panduan di dalam mengendalikan perniagaan
Rancangan perniagaan seharusnya dijadikan panduan di dalam mengendalikan aktiviti perniagaan. Rancangan perniagaan memberikan gambaran tentang bagaimana sesuatu perniagaan itu harus dijalankan melalui matlamat hala tuju yang telah ditetapkan.
2. Mengurangkan risiko berlakunya kegagalan
Usahawan harus menjadikan rancangan perniagaan sebagai panduan di dalam mengendalikan perniagaan sebagai langkah untuk mengurangkan risiko berlakunya kegagalan. Semasa penyediaan rancangan perniagaan, usahawan akan melakukan kajian dan menilai dayamaju projek atau perniagaan yang ingin diusahakan terlebih dahulu berdasarkan maklumat dan data terkini sebelum memulakan sesuatu perniagaan itu. Dengan itu usahawan itu dapat menilai samada perniagaan yang ingin dilakukan itu berdaya maju atau sebaliknya.
3. Memahami perniagaan dengan lebih jelas
Usahawan yang menyediakan rancangan perniagaan meraka sendiri dapat memahami bidang perniagaan yang meraka lakukan dengan lebih jelas. Dengan menyediakan sendiri rancangan perniagaan usahawan secara tidak langsung akan dipaksa memahami segala aspek didalam pengurusan perniagaan meraka meliputi aspek pengurusan, pemasaran, operasi dan kewangan.
4. Menentukan jumlah modal yang diperlukan
Sesebuah rancangan perniagaan yang disediakan dapat membantu usahawan didalam menentukan jumlah modal yang diperlukan untuk memulakan atau mengembangkan perniagaan yang meraka jalankan. Dokuman ini juga dapat membantu dari segi penentuan sumber pembiayaan yang diperlukan dan daripada mana ia diperolehi.
5. Sebagai panduan di dalam menguruskan perniagaan
Usahawan seharusnya menggunakan dokuman rancangan perniagaan yang meraka sediakan sebagai panduan di dalam mengawal aktiviti perniagaan meraka. Dokumen ini membolehkan usahawan membandingkan pencapaian sebenar syarikat dengan pencapaian yang telah dirancang dan seterusnya merangka strategi baru bagi mamperbaiki lagi pencapaian sedia ada.
Koleksi Contoh Rancangan Perniagaan
Terdapat pelbagai format didalam penyediaan rancangan perniagaan. Format rancangan perniagaan ini mungkin berbeza dari segi susunan topik walaubagaimanapun kandungan utama sesebuah RP adalah sama.
Umumnya, sesebuah RP yang baik mempunyai bahagian permulaan dan bahagian utama.
1. Bahagian permulaan RP
Bahagian permulaan bagi sesebuah RP mengandungi perkara-perkara berikut:
1.
Suratiringan
2. Kulit dan halaman tajuk
3. Ringkasan eksekutif
4. Isi kandungan
5. Profil syarikat/perniagaan
2. Ringkasan eksekutif
Bahagian ini menerangkan aspek-aspek terpenting yang ingin di beritahu kepada pihak yang membaca. Ruangan ini memberitahu secara ringkas mengenai kandungan rancangan perniagaan dan biasanya ringkasan eksekutif ini tidak ditulis terlalu panjang.
3. Pengenalan
Bahagian ini memberikan penerangan secara terperinci mengenai perniagaan/ syarikat dan objektif yang ingin dicapai. Bahagian ini juga menerangkan tentang struktur dan hak milik perniagaan.
4. Rancangan operasi/ teknikal
Ruangan ini memberikan penerangan mengenai aspek teknikal perusahaan yang akan dijalankan yang meliputi segala keperluan seperti teknologi, peralatan dan mesin, bahan dan prosedur operasi/ pengeluaran. Ia juga menerangkan secara terperinci mengenai aspek pembuatan dan lain-lain keperluan yang diperlukan di dalam penghasilan sesuatu produk atau perkhidmatan.
5. Rancangan pemasaran
Bahagian ini membincangkan tentang aspek pemasaran bagi produk atau perkhidmatan yang dihasilkan. Dalam rancangan pemasaran data-data seperti saiz pasaran, permintaan persaingan dan tren pasaran akan di nyatakan dengan terperinci. Ia juga menerangkan tentang strategi-strategi yang akan di lakukan untuk memasarkan produk atau perkhidmatan yang dihasilkan. Bahagian ini merupakan bahagian yang paling kritikal sekali dan biasanya pihak penilai akan memberikan lebih perhatian terhadap aspek pemasaran ini berbanding bahagian yang lain di dalam RP anda.
6. Rancangan pengurusan
Ruangan ini menerangkan tentang struktur organisasi dan kumpulan pengurusan syarikat. Ia juga menerangkan tentang keperluan tenaga kerja dan pogram-pogram atau insentif yang bakal diberikan kepada bakal pekerja.
7. Rancangan kewangan
Rancangan kewangan akan menerangkan aspek keperluan kewangan, keperluan modal dan sumber-sumber pembiayaannya. Penyata-penyata dan unjuran-unjuran kewangan akan disertakan selain beberapa analisis kewangan bagi menilai daya maju projek.
8. Penutup/ kesimpulan
Bahagian akhir ini menjelaskan tentang matlamat perniagaan dan komitmen pemilik terhadap kejayaan perniagaan yang bakal dilaksanakan. Bahagian ini haruslah dapat meyakinkan pihak yang menilai untuk meluluskan permohonan anda.