Monday, July 16, 2007

KISAH TANGGA

KISAH TANGGA

Naik satu anak tangga ke satu anak tangga sehingga sampai ke atas

Macam nilah kalau nak berjaya. Tak kira apapun halangan dan rintangan semasa menaiki tangga asalkan usaha untuk terus memanjatnya diteruskan. Lama kelamaan akan sampai ke atas juga.

Melangkah beberapa anak tangga sekali gus

Inilah dia orang yang tidak sabar untuk mencapai matlamatnya. Berebut rebut hendak sampai ke atas. Tapi kenalah berhati hati kerana boleh tersilap langkah dan tergelincir ke bawah.

Pilih satu tangga dan naik ke atas

Ha, ni satu penyakit. Sedang naik tangga yang dipilih, dah sekerat jalan, apabila terdengar orang lain kata tangga yang lain lagi senang dan lagi bagus kerana boleh cepat sampai ke atas, maka dia pula turun dari tangga yang dipanjatnya dan memanjat tangga yang lain pula. Kalau macam ni, asyik bertukar tangga, bila nak sampai ke atas?

Takut nak naik tangga

Ada pula orang yang takut nak naik tangga. Bukannya dia tak tau di atas tangga tu ada kesenangan yang menanti tetapi dia rela duduk di bawah tangga dan tidak mengambil langkah yang pertama untuk menaikinya kerana takut akan gagal untuk sampai ke atas. Perasaan takut ni dah menguasai orang ini sampai tak mampu nak bergerak langsung.

Tak bertenaga untuk sampai ke atas

Ada pula orang yang ingin sampai ke atas dan dah berusaha nak naik dengan sendirinya tetapi tak boleh sampai ke atas sebab tidak bertenaga. Walaupun berhenti di tengah tangga, orang ni lebih baik dari orang yang takut nak naik tangga.

Berhenti sebab ada rintangan

Bayangkan seorang budak sedang memanjat tangga. Bila dah separuh anak tangga dia panjat, dah tak boleh nak panjat lagi sebab ada rintangan atas anak tangga. Rintangan ni cuma merupakan permainannya yang ditinggalkan di situ. Bukannya tak boleh ubah rintangan kecil ni, sebaliknya menjerit minta orang lain tolong ubahkan. Adakah kita tergolong dalam kumpulan yang semacam ni? Terserempak dengan rintangan kecil saja, dah tak boleh nak bergerak. Asyik terpekik meminta tolong. Dan bila tak ada orang nak tolong, kita menyalahkan orang lain kerana tak nak tolong ubahkan rintangan yang kecil itu.

Tarik naik tangga

Cerita ni pula mengenai dua orang yang menaiki tangga dimana orang yang di atas menarik dan memimpin orang yang di bawah yang kurang berdaya untuk sama sama sampai ke atas tangga. Begitulah kalau ada sifat tolong menolong, jadi sama sama boleh sampai ke atas. Kalau tidak sudah tentu yang kurang daya akan tertinggal dan tak berkemungkinan mencapai matlamatnya untuk sampai ke atas.

Tolak naik tangga

Yang ini lain pula ceritanya. Yang kat atas tu dah mula kurang daya tetapi yang sebelah bawahnya tu pula masih mempunyai tenaga yang banyak. Maka tak hairanlah kalau orang yang di bawah itu tolong menolak orang yang di atasnya untuk terus memanjat tangga supaya mereka berdua boleh mencapai matlamat untuk sampai ke atas.Luas PemandanganLagi tinggi tangga dinaiki maka lagi luaslah pemandangan kita. Begitu juga di alam perniagaan, lagi maju kita di arena perniagaan maka ia dapat membuka peluang peluang yang dahulunya kita tak nampak atau pun tak mengetahuinya.

Teknik memanjat tangga

Ada pula cerita orang yang memanjat tangga dengan bersungguh sungguh. Tapi teknik memanjat tak kena. Naik tiga anak tangga, turun dua anak tangga pula. Lama kelamaan sememangnya boleh sampai ke atas tapi akan memakan banyak masa dan tenaga.

Kecuraman tangga

Kecuraman tangga juga memainkan peranan yang penting dalam pengambilan masa dan tenaga untuk sampai ke atas. Kalau ketinggian yang hendak di naiki tu sama, tapi kecuraman tangga pula berbeza, maka pilihlah yang mana yang senang kita naiki. Kalau masa tidak menjadi halangan, maka pilihlah tangga yang kurang curam sebab tenaga yang digunakan tak banyak berbanding dengan tangga yang curam.